Semalam saya buat karipap roti ni lagi. Tapi kali ni saya gunakan inti sardin je. Lagi mudah dan senang untuk disediakan. Sangat sesuai dibuat oleh mereka yang duduk menyewa beramai-ramai. Dapat jugak jimat belanja.. :-)
Bahan-bahannya:
1 buku roti gardenia/high 5 - dipotong kulit kiri kanan dan gelek hingga nipis
1 tin kecil sardin cap ayam - ambil isinya sahaja
1 labu bawang besar - dimayang/dihiris halus
2 biji cili merah - dibuang biji dan dihiris halus
1 biji limau kasturi
1 biji kentang saiz kecil - dihiris nipis dan potong dadu kecil-kecil
Secubit garam halus
Sedikit serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng
1 sudu tepung gandum + sedikit air - dibancuh untuk dijadikan sebagai gam/pelekat
Cara-caranya:
1) Lenyek sardin hingga lumat dan campurkan ke dalamnya hirisan bawang besar, cili merah, kentang, garam, lada putih dan hirisan limau kasturi. Rasa.
2) Lepas tu, letakkan inti tadi di atas roti yang telah digelek nipis terlebih dahulu. Sapukan gam tepung gandum di sekelilingya.
3) Kemudian lipatkan roti tadi perlahan-lahan. Tekan bahagian yang bergam tu dengan jari dan lepas tu barulah ditekan dengan garfu.
4) Kemudian, boleh la digoreng. Goreng dalam minyak yang banyak supaya roti tadi tenggelam dengan api yang sederhana.
Kan senang je tu.. Dah boleh jimat banyak dah.. Kalau beli mau sekeping 50 sen ni... haha..
2 comments:
azz..tak nak tambah apa2 tapi nak makan..he he
Kak Erna>
Hehehe... Kono la buek dulu, baru boleh makan...
Post a Comment