Assalamualaikum...
The version of my ayam goreng kunyit.. :D
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil-kecil - Bersihkan dan toskan - ( Gaul ayam dengan serbuk kunyit + garam + serbuk lada putih + perahan limau kasturi. Ketepikan seketika..)
1 biji lada banggala/capsicum - dihiris - ikut suka nak guna warna apa..
3 biji cili merah - dihiris
3 ulas bawang butih - dihiris
4 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 biji limau kasturi - dibelah dua
2 labu bawang besar - dihiris
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
1 sudu makan serbuk lada putih
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk kunyit
sedikit garam halus
1 ikat kacang panjang - dipotong memanjang
Cara-caranya:
1- Panaskan minyak. Kemudian tumiskan hirisan bawang putih + bawang merah + halia hingga naik bau.
2- Masukkan pula hirisan cili merah.. Kacau rata dan tunggu sehingga cili besar layu..
3- Lepas tu, terus je masukkan ayam yang telah digaul tadi. Masukkan juga sos tiram + serbuk pati ikan bilis. Kacau sebati dengan api yang sederhana besar. Tunggu sehingga ayam sedikit empuk.. Jika belum empuk, tambah sedikit air.
4- Bila ayam seperti dah empuk, masukkan pula kacang panjang + hirisan bawang besar. Kacau rata dan rasa asam garamnya..
5- Akhir sekali barulah masukkan lada banggala/capsicum. Kacau lagi dan biarkan dalam 5 minit.. Kemudian, barulah tutup api dapur...
p/s: Boleh jugak letak sedikit serbuk lada hitam jika suka... Yang ini saya tak letak sebab lada hitam kehabisan stok.. huhuhu.. Selamat mencuba.. :)
No comments:
Post a Comment