Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Saturday, June 30, 2012

Resepi Puding Karamel 2007...


Assalamualaikum...

Resepi Puding Karamel 2007...


Pertama kali saya buat puding ni.. Alhamdulillah, menjadi walaupun pada awalnya agak kalut sikit.. Mula-mula tu gunakan teknik bakar yang letak loyang adunan dalam loyang lain yang ada air tu.. Lepas tu bila lama sangat tunggu tapi tak masak-masak (puding masih cair), terus pindahkan kepada kukus pulak.. Sekejap je puding tu dah mengeras bila kukus.. 

Saya kurang menggemari puding ni... Alhamdulillah, mak saya suka la pulak.. Tak sangka dia suka puding ni.. hehe..






Bahan untuk karamel (gula hangus)
200 gram gula 

Bahan untuk puding:
8 biji telur - Dipukul perlahan dahulu..
200 gram gula
1000 ml susu segar

Cara:

1) Masak gula untuk karamel hingga menjadi cair dengan api yang perlahan. (Tak perlu tambah air..)

2) Bila gula dah mencair, tuangkan segera ke dalam loyang dan ketepikan.. (Kalau lambat tuang nanti gula tu keras)

3) Kemudian, teruskan membuat pudingnya pula. Satukan gula dengan susu segar. Kacau sebati.

4) Lepas tu masukkan telur yang telah dipukul tadi. Kacau rata dan tapis.

5) Kemudian, tuangkan perlahan-lahan adunan puding ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.

6) Akhir sekali kukus adunan ini sehingga puding mula mengeras.. Jangan lupa bungkus dulu tutup kukus tu bagi mengelakkan air menitis dan masuk dalam puding.

7) Bila dah masak, sejukkan dahulu. Kemudian boleh la dimasukkan ke dalam peti ais untuk mendapatkan struktur puding yang kenyal. Lepas tu barulah terbalikkan loyang adunan puding tadi dengan perlahan-lahan supaya puding tidak hancur atau pecah..

Oh ya, saya tak tapis adunan puding tu.. Sebab tu struktur puding nampak kasar je.. hehe..

Nota: Boleh bahagi dua bahan ni jika terlalu banyak.. Boleh juga gunakan teknik membakar dalam oven atau dinamakan bain-marie. Caranya, letakkan loyang adunan puding di dalam loyang yang berisi air. Kemudian bakar seperti biasa.. Bagi saya, mudah dan cepat lagi kukus dari bakar..

Selamat mencuba.. Kalau tak menjadi, cuba lagi tau... :D

1 comment:

wisata outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...