Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Tuesday, August 17, 2010

AYAM PERCIK

Assalamualaikum...

Resepi ni saya ambil dari blog jomsantaisekejap.blogspot.com. Saya dahpun minta izin dari tuan punya blog ni untuk kongsikan resepi ni... Terima kasih ya...

Bahan-Bahan:


1 ekor ayam (dipotong lapan)

2 inci halia (dikisar)

3 batang serai (dikisar atau titik)

3 labu bawang besar (dikisar)

2 helai daun kunyit

1 ½ biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil santan peket 1 mangkuk)

Sedikit garam dan gula

12 biji buah keras (dikisar)

6 ulas bawang putih (dikisar)

1 inci kunyit hidup (dikisar)

6 helai daun limau purut (dicarik/koyakkan)


Cara:


1) Ayam yang sudah dipotong lapan dibersihkan kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang telah dikisar lumat.


2) Daun kunyit dikoyak-koyakkan dan diramas kemudian masukkan ke dalam periuk ayam tadi. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau.


3) Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.


4) Setelah mendidih, angkat periuk dan sendukkan kuah yang jernih di bahagian atas dan ketepikan.


5) Keluarkan ayam dari kuah yang pekat di bahagian bawah dan pangganglah ayam tadi sambil disapu kuah yang jernih pada ayam.


6) Biarkan hingga ayam masak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah yang pekat tadi.


7) Untuk menambahkan kesedapannya, perahkan sehiris limau nipis ke atasnya. Sedap dimakan ketika masih panas.


Nota: Ada beberapa tempat yang saya ubah mengikut kesesuaian. Contohnya ukuran sm tu saya jadikan inci. Senang sikit nak mengagak....

Tuesday, July 27, 2010

PAJERI NENAS

Assalamualaikum...

Resepi ni dari mak saya. Cuma sukatan bahan tu kenalah ikut citarasa masing-masing sebab mak saya kalau masak, main campak-campak je... Campakpun sodapppp... hehehe...

Bahan-bahannya:

1 biji nenas sederhana besar (dipotong membulat)
1 sudu kecil ketumbar (sangai + kisar halus)
1 sudu kecil jintan manis (sangai + kisar halus)
1 sudu kecil jintan putih (sangai + kisar halus)
1 batang kayu manis
sedikit bunga cengkih
sedikit bunga lawang
sedikit buah pelaga
1 sudu kecil biji sawi
4 sudu makan cili kering blender/cili boh
5 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 sudu makan kerisik
1 paket kecil serbuk kari Babas (kurangpun boleh - ikut suka)
2 sudu makan udang kering (direndam + kisar)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa (boleh digantikan dengan sedikit gula kabung/melaka)
minyak untuk menumis
sedikit air

Cara-cara:

1) Panaskan minyak dalam periuk.

2) Kemudian tumiskan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan biji sawi. Kacau sehingga naik bau.

3) Masukkan pula semua bahan kisar dan serbuk kari. Kacau sehingga pecah minyak.

4) Masukkan sedikit air. Kacau rata. Bila sudah mendidih, masukkan pula kerisik. Kacau lagi.

5) Kemudian, masukkan pula nenas. Kacau perlahan. Masukkan juga garam dan serbuk perasa/gula melaka.

6) Biarkan mendidih seketika dan sedikit pekat. Bila nenas dah agak empuk, barulah tutup api dapur.


Nota: Nampak macam banyak je bahannya tapi sebenarnya semua bahan tu ada kat dapur kita. Pajeri nenas ni amat sesuai untuk menu berbuka puasa dan sahur di bulan Ramadhan...

Thursday, July 22, 2010

KARI IKAN TENGGIRI + TERUNG BULAT

Assalamualaikum...

Siang tadi mak saya buat masak-masak sikit untuk dihantar ke surau. Kat sini saya nak kongsi resepi kari ikan tenggiri yang dimasak oleh jiran merangkap kawan baik mak saya. Kari makcik ni memang sodappp. Tapi, kari yang dimasak tadi agak banyak iaitu menggunakan dua ekor ikan tenggiri saiz besar. Saya cuma kongsikan bahan-bahan yang saya anggar untuk masak seekor ikan tenggiri je dan cara memasaknya mengikut pemerhatian saya tadi....

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan tenggiri saiz sederhana besar (potong dan bersihkan)
2 senduk serbuk kari ikan Babas (bancuh dengan sedikit sahaja air)
3 biji terung bulat kaler ungu tu (belah empat)
1 sudu makan campuran halba (campuran biji-biji yang kecil macam biji sawi tu)
1 pelepah daun kari
1 biji kelapa (asingkan pati dan cair)
1 inci halia (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
6 ulas bawang merah (dimayang)
2 sudu makan asam jawa (dibancuh dengan santan cair)
sedikit minyak masak untuk menumis
sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-caranya:

1) Panaskan minyak dalam periuk dengan api yang sederhana.

2) Tumiskan sekaligus campuran halba, bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari sehingga naik bau. Kacau jangan sampai hangus.

3) Bila bawang merah sudah agak garing sedikit, masukkan pula bancuhan serbuk kari ikan. Kacau lagi sehingga bau wangi kari tu naik.

4) Masukkan pati santan. Sentiasa kacau kuah sehingga pecah minyak.

5) Masukkan pula bancuhan asam jawa dengan santan cair. Kacau terus supaya tak hangus.

6) Bila kuah sudah mulai mendidih, masukkan terung bulat. Biarkan terung separuh masak barulah dimasukkan ikan tenggiri. Kacau perlahan-lahan supaya ikan tak hancur.

7) Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing. Bila terung sudah empuk, barulah tutup api dapur tu.


p/s: Sekadar untuk rujukan saya sahaja di kemudian hari. Mana la tau nak cuba buat sendiri nanti... hehe...