Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Thursday, November 4, 2010

RENDANG TOK BABAS

Assalamualaikum...

Resepi ni saya ambil dari slot WHI. Saya snap dulu, pastu barulah saya tulis balik semula. Nak salin resepi masa rancangan tengah berlangsung memang tak sempat punya la... =)

Bahan-bahannya:

1 kg daging kambing batang pinang - dipotong saiz sederhana besar
6 sudu makan minyak masak
1 bungkus 4 sekawan - kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
10 tangkai cili kering - dikisar
20 ulas bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
3 inci halia - dikisar
10 batang serai - dikisar
3 inci lengkuas - dikisar
3 sudu makan serbuk kari Babas
2 sudu makan serbuk cili Babas
1 liter santan pekat
5 helai daun kunyit - dimayang
300 gm kerisik
garam dan bahan perasa secukup rasa

Cara-caranya:

1) Panaskan minyak, kemudian tumiskan 4 sekawan hingga naik bau.

2) Masukkan kesemua bahan kisar dan kacau hingga garing.

3) Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Kacau hingga sebati.

4) Masukkan santan dan daging. Masak dengan api sederhana dan kacau supaya tidak pecah santan.

5) Bila daging mulai empuk dan kuah memekat, bolehlah dimasukkan daun kunyit, garam dan serbuk perasa (jika suka).

6) Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau sehingga kuah memekat dan mula mengering.


Selamat mencuba ya. Mungkin masakan korang lagi sedap dari masakan Pak Engku ni... =D

Thursday, October 28, 2010

JERUK MANGGA

Assalamualaikum....

Mangga masih ada lagi buahnya. Hari tu dah buat kerabu. Jemu pulak rasanya asyik makan kerabu je. Sekarang ni giliran mak saya pulak buat jeruk. Hari tu dia dah buat dah... tapi dah selesai... hehehe... Sekarang dia buat lagi sebab mak saya sangat rajin... haha... Jeruk mak saya ni mudah je...




Mula-mula mangga di belah dua. Lepas tu dibersihkan. Lepas tu masukkan garam dan curahkan air masak sejuk. Biarkan mangga tu tenggelam dalam dua hari. Kacau-kacau la biar garam sebati. Lepas dua hari tu, buang air garam tadi dan masukkan pula air gula ataupun kalau malas, taburkan je gula kat dalam bekas jeruk tu. Biarkan bekas jeruk tu tertutup sampai la warna mangga tu berubah kekuningan. Jangan lupa kacau untuk meratakan gula. Kalau kurang manis, boleh tambah gula lagi... Senang je kan... =D

Tuesday, October 26, 2010

GORENG KHAILAN IKAN MASIN

Assalamualaikum....

Resepi yang paling mudah dan ringkas. Bagi sesiapa yang tak tahu memasak langsung, ianya akan menjadi sedikit sukar la ya... hehe...


Bahan-bahannya:

1 ikat sayur khailan
2 ulas bawang putih
8 biji cili padi
4 ulas bawang merah
1 genggam ikan bilis
1 sudu makan ikan masin hancur (sebaiknya beli ikan masin yang dah siap dijeruk)
sedikit minyak masak untuk menumis


Caranya:

1) Tumbuk kasar ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.

2) Panaskan kuali. Kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk tadi.

3) Bila dah naik bau, masukkan pula ikan masin hancur. Kacau rata.

4) Kemudian masukkan sayur khailan. Kacau sekejap. Bila dah agak layu, terus tutup api dapur. Jangan goreng sayur sehingga lembik..

Nota: Boleh juga gantikan ikan masin dengan belacan - jika suka belacan la..