Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, October 17, 2010

KERABU MANGGA TELUR...

Assalamualaikum...

Buah mangga kat depan rumah tengah berbuah dengan lebatnya. Itupun banyak yang dah keguguran dek cuaca yang tak menentu. Kalau nak tunggu masak betul-betul, memang lambat la nak merasa... Apa kata kalau kita buat kerabu..??




Bahan-bahannya:

10 -12 biji mangga telur yang muda
2 labu bawang besar
7 urat kacang panjang
2 kuntum bunga kantan
6 biji cili merah
8 biji cili padi
~> Kesemua bahan dicincang halus atau dihiris halus.

Bahan Rencah:

1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk - tidak terlalu halus atau terlalu kasar)
1 sudu makan gula pasir
3 sudu makan sos ikan
10 biji limau kasturi (ambil jusnya - Boleh juga gantikan dengan 2/3 biji limau nipis atau air asam jawa)
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
~> Gaul rata kesemua bahan kecuali kacang tanah tumbuk. Bila sudah sebati, barulah dimasukkan kacang tanah tadi. Rasa garamnya dan kemudian bolehlah dihidangkan.

Nota: Sukatan bahan adalah bergantung pada selera masing-masing.. Tidak perlu terlalu mengikut resepi... :P

Saturday, October 16, 2010

PUDING JAGUNG MY HEART

Assalamualaikum...

Cuba la buat puding jagung ni yaa... Saya dah buat dah tadi, dan hasilnya memang sedap la... hehehe... Sukatan adalah mengikut cawan di dalam gambar...




Bahan-bahannya:

37.5g agar-agar dibahagi 2 (gunakan separuh agar-agar sahaja seperti dalam gambar di atas)
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
2 biji kuning telur (dipukul sedikit)
1 penutup botol esen vanilla
1 tin jagung (yang berkrimer pun boleh


Cara-caranya:

1) Masukkan tepung kastard ke dalam bekas. Kemudian masukkan pula susu cair. Kacau sebati.

2) Selepas itu, masukkan pula kuning telur yang telah dipukul tadi. Kacau rata-rata supaya tidak bergentel. Gunakan garfu untuk memecahkan gentelan..

3) Selepas itu masukkan pula esen vanilla. Kacau lagi dan ketepikan seketika.

4) Masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama dengan 4 cawan air dan masak sehingga larut.

5) Bila dah larut, masukkan gula pasir. Kacau sebati dan tunggu hingga gula mencair.

6) Selepas itu, tapiskan agar-agar tadi ke dalam periuk yang lain pula. Kemudian curahkan bancuhan yang mula-mula tadi ke dalamnya dan masak dengan api yang sederhana.

7) Masukkan jagung. Kacau selalu untuk mengelakkan puding berkerak.

8) Bila sudah agak pekat, boleh la dicurahkan ke dalam loyang. Biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam peti ais.

Selamat mencuba... Dan inilah hasilnya... =)



Thursday, October 14, 2010

PUDING LAICI


Bahan-bahan:

20g agar-agar
7 gelas air
1 tin susu cair
1 tin laici - dipotong kecil-kecil atau disiat-siat
1 1/2 cawan gula pasir - ikut citarasa masing-masing

Cara:

1) Rendam agar-agar semalaman - untuk jimatkan masa dan gas.

2) Kemudian, rebus agar-agar tu bersama dengan 7 gelas air sehingga agar-agar larut.

3) Lepas tu, masukkan gula pasir. Kacau sehingga gula cair. Rasa kemanisannya. Jika kurang manis, boleh la tambah sedikit lagi gula.

4) Kemudian tapiskan untuk menampakkan puding lebih halus. Kalau tak tapispun takpe. Terpulang pada selera masing-masing.

5) Kemudian, masak sehingga mendidih. Lepas tu terus je masukkan susu cair, laici dan air laici tadi. Kacau lagi dan tunggu hingga mendidih. Tutup api.

6) Akhir sekali tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang dikehendaki. Biarkan sejuk seketika dan barulah di masukkan ke dalam peti sejuk untuk mendapatkan lebih keanjalan.

Nota: Jika suka, boleh juga diletakkan beberapa buah laici di atasnya sebagai hiasan. Selamat mencuba...

**Resepi ni saya edit sedikit dari segi susunan ayat-ayatnya. Sumber asal boleh didapati di: