Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Tuesday, December 7, 2010

CAKAR AYAM serama...

Assalamualaikum...

Hari tu saya cuba google resepi cakar ayam. Pelbagai cara yang saya jumpa dan bermacam-macam bahan yang digunakan. Masa zaman sekolah dulu saya pernah buat cakar ayam ni di bawah pemerhatian mak saya. Rasanya takde la guna banyak sangat bahan. Cukup sekadar yang asas je dan rasanya boleh tahan jugak la.. *isi bakul angkat sendiri... =)

Percubaan kedua saya. Boleh laa... =D

Bahan-bahannya: (Ikut anggaran masing-masing - kena pandai membuat anggaran)

Keledek - disagat
Gula merah - isi siap-siap dalam mangkuk supaya senang nak cedok
Minyak masak

Caranya:

1) Panaskan minyak (anggaran untuk menggoreng sebiji telur mata kerbau bagi menggoreng seketul hingga tiga ketul cakar ayam) dengan api yang sederhana besar.

2) Masukkan keledek yang disagat. Kacau-kacau dalam masa lebih kurang 5-10 saat.

3) Masukkan 1 sudu makan penuh (membukit) gula merah ke atas sagatan keledek tadi. Kacau dan kaup rata tanpa henti.

4) Terus mengacau sehinggalah keledek dan gula merah mula melekit dan bersatu.

5) Angkat dan letakkan kuih di atas para/jaring dan terus je bentuk menggunakan garfu (bentuk ikut suka)

6) Ulangi proses yang sama sehingga keledek habis. Tambah minyak jika ianya dah semakin sikit. Biarkan panas dulu barulah mulakan menggoreng semula...

7) Biarkan kuih sejuk dan mengeras. Selepas itu barulah disimpan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkannya lemau.


Inilah hasilnya sewaktu percubaan pertama saya...
:
:
:
V
Hitam itu menawan.... hahaha...

Thursday, December 2, 2010

SUP AYAM tergolek...

Assalamualaikum...

Menu tengahari ni mudah dan ringkas je, sangat sesuai untuk kanak-kanak ribena hehe... Saya hanya masak sup ayam campur kentang je. Semalam dah buat sambal sardin, hari ni tukar balik kepada ayam. Budak-budak ni kalau takde ayam, susah sikit nak makan...



Bahan-bahannya:

3 keping dada ayam - Potong ikut saiz yang disukai (Budak-budak tak suka ayam yang ada tulang)
5 biji kentang - belah dua je
2 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 bungkus sup tulang bunjut - saya guna adabi
1 sudu makan rempah sup
sedikit suhun - jika suka - basuh dan toskan
sedikit serbuk lada putih
sedikit garam
4 biji cili padi - dipotong-potong
air secukupnya untuk mereneh sup

Caranya:

1) Masukkan ayam, rempah sup, sup tulang bunjut dan bahan kisar ke dalam periuk berisi air... =)

2) Bila dah mendidih, masukkan pula cili padi, serbuk lada putih dan garam. Rasa dulu.

3) Kemudian masukkan pula kentang. Kacau sebati.

4) Bila kentang dah nak empuk, masukkan pula suhun. Tunggu sehingga suhun dan kentang lembut. Rasa sekali lagi dan lepas tu barulah tutup api dapur.


Dan ini pula adalah acar buatan mak saya. Bahan yang diperlukan adalah timun, nenas, cili merah, bawang besar, sedikit garam dan sos cili. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Kuantiti bahan tu pandai-pandai la anggarkan ya...



Selamat mencuba dan selamat menjamu selera... :-)

Wednesday, December 1, 2010

SAMBAL SARDIN sempoiii...

Assalamualaikum...

Menu tengahari ni saya masak sambal sardin je. Semalam dah masak ayam. Malamnya goreng ayam lagi. Selalu sangat makan ayampun tak bagus jugak.. kann... Sambal ni kurang pedas sebab ianya dimasak khas untuk anak-anak buah yang ada kat rumah ni. Siapa yang nak lebih pedas, bolehlah gigit atau kunyah cili padi... =D

Tadaaaa..... Nyumm... nyumm... nyummm.... =)


Bahan-bahannya (untuk satu keluarga):

3 tin sardin saiz kecil
2 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
3 biji cili merah - dikisar
4 biji kentang - dibelah dua dan di hiris
sedikit garam halus
sedikit sos tiram
sedikit kicap manis
minyak untuk menumis
1 biji limau kasturi @ 1 hiris limau nipis - sebagai gantian untuk cuka makan


Cara-caranya:

1) Kentang digoreng dulu. Bila dah lembut, angkat dan toskan lebihan minyak. Ketepikan seketika.

2) Kemudian, terus je tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan sos tiram, garam dan kicap manis secukupnya.

3) Biarkan kuah mendidih seketika. Lepas tu curahkan 3 tin sardin ke dalam kuah. Kacau sebati.

4) Perahkan limau kasturi @ limau nipis ke dalamnya. Kacau rata.

5) Akhir sekali barulah dimasukkan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau sekejap dan tutup api dapur.


Biarkan mendidih sekejap..


Diiringi dengan ulam timun... =)


Selamat mencuba yaa... ngeh3..