Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Saturday, December 7, 2013

Kek minyak..

Assalamualaikum...

Kek minyak..


Resepi kek minyak ni saya ambil dari fesbuk.. Ramai yang kongsikan resepi ni.. Bahan-bahan dia mudah dapat.. Nak buatpun senang je..





Bahan-bahannya:
*Gunakan cawan yang sama semasa menyukat..

2 cawan tepung gandum (250 gram)
5 biji telur - Gred A
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu pekat manis - saya guna krimer pekat F&N
1/2 cawan gula castor - saya guna gula pasir kasar dan kurangkan satu sudu makan sukatannya
1 sudu makan baking powder -ayak
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan esen vanilla
Beberapa pewarna pilihan - saya guna warna hijau, merah dan warna asal




Cara membuatnya:
*Sebelum tu, griskan loyang dan panaskan oven selama 10 minit..

1) Masukkan telur, ovelette dan gula ke dalam bekas. Pukul hingga gebu..

2) Kemudian, masukkan pula bahan-bahan lain KECUALI tepung. Pukul lagi..

3) Lepas tu, barulah dimasukkan tepung gandum dan pukul rata..

4) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.. 

5) Masukkan adunan secara berselang-seli atau ikut cara masing-masing..

6) Bakar pada suhu 150C selama 45 minit atau sehingga masak.. (Tempoh pembakaran bergantung pada jenis oven yang digunakan.. Ikut resepi asal, di bakar dengan suhu 180C)




p/s: Sekali lagi terima kasih pada mereka yang berkongsi resepi kek minyak ni kat fesbuk.. Gebu dan lembut je kek ni.. Manis dia pun okay je iaitu tidak terlampau manis..

Monday, November 4, 2013

Butter cheese cake..

Assalamualaikum..,

Butter cheese cake..


Pertama kali saya buat kek butter cheese ni.. Resepi saya salin dari fesbuk tapi dah lupa siapa yang post-kan resepi tu.. Minta dihalalkan resepi tu ya.. Terima kasih.. 


Bahan-bahannya:

150 gram butter
200 gram cheese - saya guna brand Totura
250 gram tepung gandum
200 gram gula pasir
100 ml susu cair
50 gram susu tepung
4 biji telur ayam gred A - saya guna 5 biji telur ayam gred C
1 sudu teh baking powder - saya guna sudu KFC yang kecil tu
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Loyang 8 x 8 inci.. Griskan loyang dengan butter




Cara membuatnya: (Panaskan dulu oven..)

1) Satukan semua bahan kering iaitu tepung gandum, baking powder, susu tepung dan soda bikarbonat ke dalam satu bekas.. Kacau biar rata dan ketepikan.

2) Putar gula bersama butter dan cheese sampai kembang..

3) Masukkan telur satu persatu sambil teruskan putar..

4) Masukkan campuran bahan kering tadi sedikit demi sedikit sambil memutar perlahan..

5) Akhir sekali masukkan susu cair dan esen vanilla.. Putar sebati.. 

6) Kacau adunan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula supaya sekata.. Adunan akan kelihatan likat sedikit..

7) Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di-gris-kan tadi.. 

8) Bakar pada suhu 150 C selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak/kekuningan/keperangan..

9) Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan kek berada di dalam loyang selama lebih kurang 5 minit supaya bahagian tepi kek pada loyang tu longgar dan memudahkan untuk kek itu keluar..






p/s: Sekejap je siap buat kek ni.. Takde la susah mana nak membuatnya.. Janji semua bahan lengkap..

Wednesday, October 30, 2013

Ayam goreng serai wangi...

Assalamualaikum...

Ayam goreng serai wangi...


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar - dihiris
5 biji kentang saiz kecil
4 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 helai daun limau purut 
1 batang serai
1 inci halia
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk lada hitam
Sedikit kunyit serbuk
Garam secukup rasa
2 sudu makan kicap manis cap Kipas Udang - jika suka
Minyak




Cara memasak:

1) Ayam dipotong ikut suka.. Bersihkan dan gaul dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Goreng hingga masak.. Angkat, tos dan ketepikan seketika.. *Goreng jangan terlalu garing..

2) Kentang dipotong seperti potongan wedges. Goreng hingga empuk dan toskan. Ketepikan juga..

3) Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, halia, serai dan cili merah. Kemudian tumiskan semua bahan bersama dengan daun limau purut yang disiat-siat. Tunggu hingga naik bau.. Kemudian, masukkan pula sos tiram dan sedikit garam..

4) Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebati.

5) Masukkan pula ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. Tambahkan sedikit kicap manis jika suka..

6) Perasakan dahlulu.. Jika semua dah okay, boleh la dimatikan api dapur..


Gambar selebihnya ada kat sini.. 


p/s: Selamat mencuba... Sempoi punya resepi.. hehe..