Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, July 24, 2011

Strawberry cupcakes with chocholate chips

Assalamualaikum..

Percubaan untuk mencipta resepi sendiri... huhuhu..


Bahan-bahannya:

300 gm tepung gandum
250 gm butter - 1 buku
190 gm gula castor
125 ml susu segar
5 biji telur saiz A - asingkan kuning dan putih
40 gm jem strawberry
1/2 cawan chocolate chips (jika suka)
1 sudu makan baking powder
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh bicarbonate soda
1 sudu teh esen vanilla
1/8 sudu teh garam halus - sikit je
papercup/bekas cupcake

Cara-caranya:

~> Panaskan oven terlebih dahulu dengan 180 darjah C..

1) Ayak tepung gandum + baking powder + bicarbonate soda + garam halus dan ketepikan.

2) Pukul putih telur sampai gebu dan ketepikan juga.

3) Pukul gula castor dan butter sampai kembang atau sehingga gula hancur.

4) Masukkan esen vanilla dan ovalette. Pukul biar rata.

5) Masukkan susu segar. Pukul perlahan-lahan. Kemudian masukkan pula kuning telur sebiji demi sebiji sambil pukul perlahan.

6) Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan-lahan.

7) Kemudian masukkan pula putih telur dan kaup-balik sehingga adunan rata.

8) Akhir sekali masukkan jem strawberry dan kaup-balik agar sebati..

9) Masukkan adunan ke dalam papercup/bekas cupcakes. Masukkan 3/4 daripada bekas tersebut.

10) Taburkan chocolate chips ke atasnya dan bakar selama 45 minit atau cucuk dengan cake tester. Jika tak melekat, dah kira masak la cupcakes tu.


Nota: Ini ada resepi kek kakak saya yang saya olah sedikit.. Hasilnya, alhamdulillah, lembut dan gebu je... :-)

Thursday, July 21, 2011

Karipap roti berinti sardin

Assalamualaikum...

Semalam saya buat karipap roti ni lagi. Tapi kali ni saya gunakan inti sardin je. Lagi mudah dan senang untuk disediakan. Sangat sesuai dibuat oleh mereka yang duduk menyewa beramai-ramai. Dapat jugak jimat belanja.. :-)


Bahan-bahannya:
1 buku roti gardenia/high 5 - dipotong kulit kiri kanan dan gelek hingga nipis
1 tin kecil sardin cap ayam - ambil isinya sahaja
1 labu bawang besar - dimayang/dihiris halus
2 biji cili merah - dibuang biji dan dihiris halus
1 biji limau kasturi 
1 biji kentang saiz kecil - dihiris nipis dan potong dadu kecil-kecil
Secubit garam halus
Sedikit serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng
1 sudu tepung gandum + sedikit air - dibancuh untuk dijadikan sebagai gam/pelekat

Cara-caranya:
1) Lenyek sardin hingga lumat dan campurkan ke dalamnya hirisan bawang besar, cili merah, kentang, garam, lada putih dan hirisan limau kasturi. Rasa.

 2) Lepas tu, letakkan inti tadi di atas roti yang telah digelek nipis terlebih dahulu. Sapukan gam tepung gandum di sekelilingya.

3) Kemudian lipatkan roti tadi perlahan-lahan. Tekan bahagian yang bergam tu dengan jari dan lepas tu barulah ditekan dengan garfu.

4) Kemudian, boleh la digoreng. Goreng dalam minyak yang banyak supaya roti tadi tenggelam dengan api yang sederhana. 

Kan senang je tu.. Dah boleh jimat banyak dah.. Kalau beli mau sekeping 50 sen ni... haha..

Wednesday, July 20, 2011

Vanilla Cupcakes With Raspberry Buttercream Frosting

Assalamualaikum...

Ni adalah resepi yang diambil dari Youtube dan diterjemahkan dalam BM oleh seorang kawan fb saya iaitu Nad.. Tenkiu Nad... Dan saya edit sedikit mengikut apa yang saya faham dan dengar. Punya la banyak kali replay.. :-)

Kalau ada mana-mana bahagian yang terkurang tu, tolong bagitau saya ehh.. Maklum la, saya ni tak berapa nak faham BI ni.. huhuhu...


Resepi asal ada kat sini.. Baru je jumpa.. hehe...


Bahan-bahan ( 12 biji )
  • 1 1/3 cawan tepung serbaguna (gandum) 
  • 1 cawan gula castor 
  • 1/8 sudu kecil garam - anggaran secubit garam
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 buku unsalted butter 
  • 2 biji telur - Grade A
  • 1/3 cawan susu segar 
  • 2 sudu kecil esen vanilla 

  • FROSTING
  • 1 buku unsalted butter
  • 450 gm gula aising - 1 paun = 16 auns = 3 1/2 cawan@4 cawan
  • secubit garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla 
  • 1/2 cawan jem raspberry (atau strawberry atau blueberry)
  • ~> Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan putar sehingga kembang. Masukkan ke dalam piping bag dan bolehlah mula menghias.
Cara-cara
  1. Panaskan oven terlebih dahulu - 350 darjah C. Panas ni... 
  2. Putar gula dan butter hingga kembang.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi. Gunakan spatula untuk mengaup adunan supaya sebati. 
  4. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam. Putar perlahan-lahan untuk mengelakkan tepung menyembur. 
  5. Sambil putar, perlahan-lahan masukkan susu segar dan putar sehingga adunan sebati.
  6. Isikan ke dalam papercup yang disusun dalam muffin tray dan bakar selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga masak.
  7. Bila dah masak, keluarkan tray dari oven dan keluarkan dari muffin tray and biarkan sejuk di atas rack.
  8. Paipkan frosting di atasnya dan boleh juga letakkan buah strawberry di atas frosting tadi sebagai hiasan.